15 Panduan keselamatan untuk kanak-kanak....
- Jangan cuba mengambil apa-apa yang tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja kerana kamu mungkin terjatuh dan tercedera. Minta bantuan orang dewasa. Jangan duduk atau berdiri di tempat yang lebih tinggi dari lantai.
- Kemaskan barang permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan terjatuh.
- Jangan buka tingkap atau menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.
- Jangan berlari atau melompat apabila ada makanan di dalam mulut kamu atau jika kamu sedang memegang benda tajam seperti gunting.
- Jangan berlari atau bermain di tangga. Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.
- Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.
- Jangan sekali-kali bermain di dapur. Jangan masuk ke dapur ketika ibu sedang memasak. Kamu mungkin melecur jika terpegang benda panas atau luka akibat pisau tajam.
- Jangan bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.
- Jangan bermain dengan tali langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik.
- Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya. Ia boleh tertumpah dan kamu boleh melecur dengan teruk. Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.
- Jangan masuk ke dalam besen berisi air atau pergi berenang seorang diri kerana kamu mungkin lemas.
- Jangan bermain dengan suis atau peralatan elektrik kerana kamu mungkin terkena kejutan elektrik.
- Jangan bermain atau memakan sebarang ubat kecuali jika diberikan oleh orang dewasa. Ubat yang tidak sesuai untuk kamu boleh menyebabkan kamu jatuh sakit.
- Jangan minum atau bermain dengan botol yang mengandungi bahan pencuci, penyembur serangga, baja atau apa-apa bahan yang disimpan di dalam stor kebun atau almari.
- Jangan masukkan benda-benda kecil seperti butang, guli, duit syiling atau bateri ke dalam mulut.
